awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya 7 maut bas bawa peminat Corinthians terbalik di Brazil

Bernama
Bernama
20/08/2023
22:45 MYT
Sekurang-kurangnya 7 maut bas bawa peminat Corinthians terbalik di Brazil
Keadaan bas yang membawa peminat kelab bola sepak Brazil, Corinthians dan terbalik di lebuh raya tempatan. - Foto REUTERS
MOSCOW: Sebuah bas yang membawa peminat kelab bola sepak Brazil, Corinthians terbalik di lebuh raya tempatan, mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang, lapor Sputnik memetik media Brazil pada Ahad.
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya di kawasan metropolitan tenggara Belo Horizonte, lapor Agensi Berita Globo.
Bas itu membawa 46 penyokong Corinthians, yang pulang ke Sao Paulo selepas menyaksikan aksi menentang Cruzeiro di tempat lawan yang berkesudahan 1-1.
Tujuh orang maut di tempat kejadian, manakala 10 orang terperangkap di bawah bas yang terbalik, kata laporan itu.
Pasukan penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian. Seorang daripada mangsa mengalami kecederaan patah tulang telah dibawa ke hospital dengan helikopter.
--BERNAMA-SPUTNIK
Topic Berkaitan
#bas terbalik
#Corinthians
#peminat kelab bola sepak
#Brazil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan