awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas Barat, Jepun pula kenakan sekatan ke atas Rusia

Astro Awani
Astro Awani
23/02/2022
08:17 MYT
Selepas Barat, Jepun pula kenakan sekatan ke atas Rusia
Selepas negara Barat, Jepun pula mengenakan sekatan ke atas Rusia susulan tindakan mengiktiraf kemerdekaan republik rakyat Donetsk dan Luhansk. - --- Gambar fail/REUTERS
SELEPAS negara Barat, Jepun pula mengenakan sekatan ke atas Rusia susulan tindakan mengiktiraf kemerdekaan republik rakyat Donetsk dan Luhansk.
Perdana Menterinya, Fumio Kishida menyifatkan Moscow mencabul kedaulatan Ukraine dan undang-undang antarabangsa dan ia tidak boleh diterima.
Sekatan Jepun termasuk larangan pengeluaran bon Rusia di Jepun dan membekukan aset warga Rusia yang tertentu selain menyekat perjalanan mereka ke Jepun.
"Tindakan Rusia sangat jelas merosakkan kedaulatan Ukraine dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Kami sekali lagi mengkritik langkah ini dan mendesak Rusia untuk kembali ke perbincangan diplomatik.
"Keadaan masih agak tegang dan kami akan terus memantaunya dengan teliti," katanya.
Perincian penuh mengenai sekatan itu akan didedahkan dalam masa terdekat.
Jepun akan terus berhubung rapat dengan negara G7 lain dan masyarakat antarabangsa susulan keputusan sekatan itu.
BACA: Ukraine-Rusia: Amerika Syarikat umum sekatan terhadap Rusia
BACA: Krisis Ukraine: Britain umum sekatan terhadap Rusia
Ketika ini,hubungan Tokyo-Moscow terjalin atas dasar kebergantungan negara matahari terbit itu kepada Rusia bagi keperluan tenaga.
Pada 2021, Rusia menyediakan lebih daripada 12 peratus arang batu haba Jepun iaitu hampir satu per sepuluh daripada gas asli cecair (LNG).
Bagaimanapun, Jepun yakin negara itu mempunyai rizab LNG yang mencukupi agar tiada kesan ketara ke atas bekalan tenaga dalam jangka pendek.
Topic Berkaitan
#Jepun
#G7
#Moscow
#Rusia
#Ukraine
#sekatan
#Fumio Kishida
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan