awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas Kuala Lumpur, Antonov AN-225 Mriya disambut meriah di Perth

Astro Awani
Astro Awani
16/05/2016
11:13 MYT
Selepas Kuala Lumpur, Antonov AN-225 Mriya disambut meriah di Perth
Sama seperti situasi di Kuala Lumpur, ketibaan pesawat gergasi itu mencuri perhatian dan minat orang ramai di Perth. -Twitter/Malaysia Airports
Selepas singgah di Kuala Lumpur Sabtu lepas untuk mengisi minyak, pesawat terbesar di dunia, Antonov AN-225 Mriya, tiba di Perth dengan membawa generator seberat 130 tan.
Pesawat kargo buatan Ukraine itu terbang merentasi benua Eropah, Asia dan Oceania dalam perjalanan bagi melaksanakan misi khas itu.
Sama seperti situasi di Kuala Lumpur, ketibaan pesawat gergasi itu mencuri perhatian dan minat orang ramai di Perth.
Lebih 15,000 orang berhimpun di pintu pagar lapangan terbang untuk melihat dengan dekat pesawat berkenaan.
Antonov AN-225 Mriya akan berada di sini selama 48 jam sebelum terbang pulang ke Kiev, Ukraine.
Laporan media menyebut, proses menurunkan kargo mengambil masa selama 12 jam.
Ketika ini, Antonov AN-225 Mriya merupakan pesawat terpanjang dan paling berat di dunia.
Dengan panjang 84 meter dan setinggi 18 meter, ia disifatkan menyamai bangunan lima tingkat.
Ia turut dilengkapi 32 biji tayar dan sayap sepanjang 88 meter.
Topic Berkaitan
#Antonov An-225 Mriya
#bawa generator
#pesawat kargo
#pesawat terbesar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan