awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
300 pembantu warden mula ditempatkan di sekolah berasrama untuk pertingkat keselamatan
Ganggu ucapan Azam Baki: Kerajaan serah kepada pihak berkuasa buat siasatan
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa hampir semua negeri hingga 7 malam ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senjata kimia dilancarkan oleh pemberontak, kata Syria

Astro Awani
Astro Awani
19/09/2013
00:01 MYT
Senjata kimia dilancarkan oleh pemberontak, kata Syria
-gambar arkib
Syria menyerahkan bukti bahawa serangan gas sarin 21 ogos lalu dilancarkan oleh pemberontak.
Dokumen terperinci mengenai serangan senjata kimia itu diserahkan kepada Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergei Ryabkov sempena lawatan beliau ke Syria.
Susulan itu, Ryabkov meminta pasukan penyiasat senjata kimia Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) kembali menyambung siasatan bagi mengenal pasti dalang serangan gas sarin itu.
Moscow sebelum ini mendakwa, laporan yang disediakan pasukan berkenaan berat sebelah apabila mengaitkan presiden Bashar Assad dengan serangan berkenaan.
Laporan itu mendapati, serangan roket berisi gas sarin ditembak ke arah dua lokasi di pinggir damsyik dipercayai dilancarkan oleh pasukan tentera elit Syria.
Laporan itu merumuskan, roket ditembak dari gunung qassioun yang diketahui menjadi markas tentera elit melancarkan serangan ke kawasan kubu kuat pemberontak di pinggir Damsyik.
Topic Berkaitan
#kimia
#Moscow
#PBB
#Pertubuhan Bangsa Bersatu
#Rusia
#senjata kimi
#Sergei Ryabkov
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan