awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, 10 cedera kereta rempuh hospital

Bernama
Bernama
14/02/2024
05:10 MYT
Seorang maut, 10 cedera kereta rempuh hospital
Berdasarkan maklumat awal dan butiran yang dikumpulkan setakat ini, nahas itu tiada kaitan dengan unsur jenayah. - Gambar hiasan
HOUSTON: Sekurang-kurangnya seorang maut manakala 10 lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh bilik kecemasan (ER) di sebuah hospital di Austin, Texas, pada Selasa.
Kejadian berlaku di Pusat Perubatan Austin Utara St David pada 5.30 petang waktu tempatan (2330 GMT), menurut Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Daerah Austin-Travis di Facebook, lapor Xinhua.
"Triage dan rawatan awal sedang dijalankan. #ATCEMS Command melaporkan 10 pesakit sedang dipindahkan dan seorang pesakit diberikan bantuan CPR.
"Elakkan kawasan itu," menurut hantaran Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Austin-Travis County di Facebook pada Selasa.
Menurut Polis Austin di platform X, berdasarkan maklumat awal dan butiran yang dikumpulkan setakat ini, nahas itu tiada kaitan dengan unsur jenayah.
Mangsa yang maut ialah pemandu kereta tetapi siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian pemandu berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kereta rempuh hospital
#Texas
#Austin
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan