awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, 35 cedera dalam letupan di Pakistan

Astro Awani
Astro Awani
05/01/2025
00:30 MYT
Seorang maut, 35 cedera dalam letupan di Pakistan
Siasatan mendapati bahan letupan diletakkan di dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan dan meletup ketika konvoi kenderaan tentera melalui kawasan tersebut. - Foto X/Megh Update
QUETTA: Seorang maut manakala 35 yang lain cedera dalam kejadian letupan di Turbat, Pakistan pada Sabtu.
Menurut pegawai polis, Roshan Baloch, lapan individu yang cedera berada dalam keadaan kritikal manakala yang lain dilaporkan stabil.
Katanya, siasatan mendapati bahan letupan diletakkan di dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan dan meletup ketika konvoi kenderaan tentera melalui kawasan tersebut.
Ketua Menteri wilayah Balochistan, Sarfraz Bugti mengecam serangan itu dan berkata mereka yang menyasarkan orang tidak bersalah tidak layak digelar manusia.
Kumpulan pemisah Tentera Pembebasan Baloch mengaku bertanggungjawab ke atas serangan tersebut dan berkata ia menyasarkan konvoi tentera berkenaan.
Namun katanya angka korban lebih tinggi daripada yang dilaporkan.
Balochistan merupakan wilayah terbesar di Pakistan namun mempunyai populasi paling sedikit.
Kebanyakan penduduk terdiri daripada kumpulan minoriti yang mendakwa menghadapi diskriminasi daripada kerajaan.
Topic Berkaitan
#letupan
#konvoi tentera
#serangan
#Tentera Pembebasan Baloch
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan