awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, enam cedera serangan roket di kem tentera AS di Erbil, Iraq

Bernama
Bernama
16/02/2021
05:26 MYT
Seorang maut, enam cedera serangan roket di kem tentera AS di Erbil, Iraq
Dinding kaca sebuah kedai musnah dalam kejadian bedilan mortar dekat lapangan terbang Erbil, di Erbil, Iraq, 15 Feb, 2021. REUTERS
BAGHDAD:Seorang kontraktor awam terbunuh dan enam yang lain cedera, termasuk seorang tentera Amerika Syarikat (AS), dalam serangan roket menyasarkan lapangan terbang Erbil pada Isnin, yang menempatkan pangkalan tentera gabungan pimpinan AS, di wilayah semi-autonomi Kurdistan di utara Iraq , kata tentera AS.
Beberapa jam selepas serangan militan tidak dikenali itu, Jurucakap Gabungan Pasukan Petugas Bersama - Operasi Inherent Resolve (CJTF-OIR) Kolonel Wayne Marotto, menulis di Twitter "bedilan itu tidak langsung mengenai Erbil malam ini. Seorang kontraktor awam terbunuh, lima pekerja awam kontraktor dan seorang tentera AS cedera."
Marotto tidak menjelaskan secara terperinci mengenai status warganegara awam itu, lapor Agensi Berita Xinhua.
Menurut kenyataan tentera AS, serangan itu merujuk kepada bedilan roket dan mortar.
Sementara itu, kenyataan ringkas Kementerian Dalam Negeri wilayah itu menyatakan beberapa roket ditembak pada 9.30 malam waktu tempatan (1830 GMT) di beberapa kawasan di Erbil, mencederakan beberapa orang awam.
Terdahulu, kenyataan pejabat media Perdana Menteri Iraq menyatakan Perdana Menteri Mustafa al-Kadhimi merangkap Panglima Tentera telah mengarahkan siasatan mengenai serangan roket itu dilakukan bersama dengan pihak berkuasa wilayah Kurdi.
Wilayah Kurdish di utara Iraq agak damai, namun serangan seperti itu sering menyasarkan lapangan terbang Baghdad dan pangkalan tentera Iraq yang menempatkan tentera AS, serta kedutaan AS di Zon Hijau dengan serangan mortar dan roket.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Iraq
#Baghdad
#Kementerian Dalam Negeri
#siasatan
#tentera
#serangan
#militan
#operasi
#cedera
#maut
#kontraktor awam
#roket
#lapangan terbang
#erbil
#mortar
#Mustafa al-Kadhimi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan