awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan udara Israel sasar kawasan di selatan Lubnan

Bernama
Bernama
08/11/2023
08:31 MYT
Serangan udara Israel sasar kawasan di selatan Lubnan
Pesawat Israel menyasarkan pinggir bandar Naqoura, Alma al-Shaab dan Jabal al-Labouneh. - Gambar/ Reuters
BEIRUT: Israel melancarkan beberapa siri serangan udara pada Selasa malam ke atas beberapa bandar dan kawasan di selatan Lubnan, lapor Agensi Anadolu, memetik Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).
"Pesawat perang musuh (Israel) melancarkan dua serangan di pinggir bandar Yater dan Kafra di Daerah Bint Jbeil," kata NNA.
Menurut pewarta Anadolu, satu daripada serangan udara di Yater merosakkan sebuah rumah tiga tingkat. Bagaimanapun, tiada maklumat diterima mengenai kemalangan jiwa.
Pesawat Israel juga menyasarkan pinggir bandar Naqoura, Alma al-Shaab dan Jabal al-Labouneh, menurut NNA.
Dataran Marjayoun di Kawasan Pentadbiran Nabatieh dan hutan di bandar Shebaa turut menjadi sasaran serangan, lapor NNA, tanpa mendedahkan maklumat mengenai kemalangan jiwa.
Ketegangan telah memuncak di sepanjang sempadan antara Israel dan Lubnan berikutan pertempuran antara tentera Israel dan Hezbollah sejak tercetusnya serangan Israel ke atas Gaza pada 7 Okt.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#lubnan
#serangan Israel
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan