awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sesi pujuk-memujuk penguin comel untuk diambil berat badan

Agensi
Agensi
10/01/2018
06:42 MYT
Sesi pujuk-memujuk penguin comel untuk diambil berat badan
Penjaga Zoo Milwaukee terpakas memujuk penguin-penguin di zoo berkenaan untuk naik ke penimbang. -foto Agensi
Siapa kata mudah galas tugas sebagai pekerja zoo?
Dikelilingi pelbagai jenis haiwan mahupun binatang, tugas hakiki pekerja zoo harus dipuji kerana diuji macam-macam dugaan.
Daripada sebesar-besar kepada secomel-comel haiwan seperti penguin.
Penguin?
Ya, kisah penguin dan pekerja zoo di Milwaukee mencuit hati ramai.
Mana tidaknya, video berdurasi 1:02 saat yang menunjukkan gelagat pekerja zoo yang cuba memujuk sehabis baik penguin-penguin comel ini supaya berdiri di atas penimbang.
Untuk pengetahuan anda, setiap penguin perlu diawasi berat badannya bagi mengelak mereka terlebih berat badan.
Agak-agaknya, apa cara atau alternatif paling berkesan menarik perhatian penguin-penguin ini jika sesi pujuk-memujuk gagal?
Tak lain tak bukan, ikan jenis Capelin terpaksa jadi taruhan untuk menarik perhatian sekumpulan penguin ini supaya bersedia untuk diambil berat masing masing
Lucunya, ada diantara penguin tersebut seperti mahu melompat ke atas penimbang berat.
Namun jangan tertipu ya, kerana ia hanyalah gurauan semata mata.
Lompatan sebenarnya memberi maksud lompatan mengelak penimbang berat.
Video terbabit sebenarnya telah dirakam Zoo Milwaukee pada November 2017, tetapi baharu saja dipertontokan kepada umum pada 5 Januari lepas.
Nak tengok?
Kena 'search' Penguins give zoo keeper trouble at weigh-In di GOOGLE untuk tonton video gelagat penguin-penguin terbabit.
Topic Berkaitan
#berat badan
#Capelin
#MIlwaukee
#pekerja zoo
#penguin
#penimbang berat
#pujuk penguin
#video
#zoo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan