awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siapa akan ganti tempat Theresa May?

Agensi
Agensi
25/05/2019
03:26 MYT
Siapa akan ganti tempat Theresa May?
Persaingan merebut jawatan ketua Parti Konservatif ekoran pengumuman Theresa May yang membuat keputusan untuk meletak jawatan pada bulan depan, kini bermula. -Gambar fail
Persaingan merebut jawatan ketua Parti Konservatif ekoran pengumuman Theresa May yang membuat keputusan untuk meletak jawatan pada bulan depan, kini bermula.
Perebutan tersebut bukan sahaja bertujuan memilih ketua parti baharu tetapi juga calon Perdana Menteri Britain.
Terdahulu, May mengumumkan akan meletak jawatan sebagai ketua Parti Konservatif pada 7 Jun depan namun akan kekal sebagai Perdana Menteri Britain sementara menantikan penggantinya dipilih.
Dalam pada itu, empat ahli Parti Konservatif telah mengesahkan hasrat untuk bertanding, mereka ialah Setiausaha Luar Negeri, Jeremy Hunt, Setiausaha Pembangunan Antarabangsa, Rory Stewart, Bekas Setiausaha Luar, Boris Johnson dan Bekas Setiausaha Kerja dan Pencen, Esther McVey.
Ahli Parlimen Britain mempunyai masa sehingga 10 Jun untuk meletakkan nama sebagai calon dan pencalonan mereka haruslah disokong oleh dua ahli Parlimen lain.
Dua calon akhir akan berhadapan undian 125,000 anggota Parti Konservatif pada Julai nanti bagi memilih pemenang dan ia merupakan kali pertama parti tersebut akan melantik perdana menteri secara terus.
Topic Berkaitan
#Boris Johnson
#Britain
#Esther McVey
#Jeremy Hunt
#Parti Konservatif
#Perdana Menteri
#Rory Stewart
#Theresa May
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan