awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera AS kekal di sekitar Iran sehingga Tehran patuh perjanjian - Trump
Lubnan tidak mahu terperangkap dalam konflik serantau - Duta
[KOLUMNIS] Memaknai pengalaman kampus untuk kehidupan sebenar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Kemuncak Keamanan Kaherah bincang konflik di Asia Barat

Bernama
Bernama
21/10/2023
14:00 MYT
Sidang Kemuncak Keamanan Kaherah bincang konflik di Asia Barat
Sidang kemuncak di timur Kaherah itu dipengerusikan oleh Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi. - AP
KAHERAH: Sidang Kemuncak Keamanan Kaherah bermula dengan penyertaan antarabangsa, Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membincangkan perkembangan terkini konflik antara Israel dan Palestin, lapor Agensi Anadolu (AA).
Sidang kemuncak di timur Kaherah itu dipengerusikan oleh Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi.
Antara pemimpin terkemuka yang menyertai sidang kemuncak itu ialah Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan, Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, Raja Bahrain Raja Hamad bin Isa Al Khalifa, dan Raja Jordan Raja Abdullah II.
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres turut menghadiri mesyuarat itu.
Sekurang-kurangnya 31 negara dan tiga pertubuhan antarabangsa telah mengesahkan penyertaan mereka dalam Sidang Kemuncak Keamanan Kaherah, menurut Cairo News Channel.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sidang kemuncak
#keamanan
#Kaherah
#negara arab
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan