awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40 peratus hasil Sabah: Kerajaan Negeri hormati keputusan Mahkamah Rayuan, harap rundingan diteruskan - Hajiji
AirAsia kurangkan kapasiti, kawal kos dan semak naik tambang susulan tekanan harga bahan api
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sinabung meletus lagi, muntahkan abu panas hampir 3 km ke udara

Astro Awani
Astro Awani
07/05/2021
04:57 MYT
Sinabung meletus lagi, muntahkan abu panas hampir 3 km ke udara
Gunung Sinabung di Indonesia meletus lagi hari ini, memuntahkan abu panas tebal setinggi 2.8 kilometer ke udara. -AP
MEDAN: Gunung Sinabung di Indonesia meletus lagi hari ini, memuntahkan abu panas tebal setinggi 2.8 kilometer ke udara.
Menurut Pusat Mitigasi Bahaya Vulkanologi dan Geologi negara (PVMBG), letusan selama 319 saat itu dikesan pada jam 11.19 pagi waktu tempatan (12.19 tengah hari waktu Malaysia).
Orang ramai dinasihat untuk menjauhkan diri pada jarak 5 kilometer dari kawah gunung berapi itu selain berwaspada dengan abu panas dan longsoran lahar.
Kira-kira 30,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman berdekatan dalam beberapa tahun terakhir.
Perkampungan berhampiran gunung berapi di wilayah Sumatera Utara itu bagaimanapun telah dipindahkan sejak letusan terakhir tidak lama dahulu.
Aktiviti di gunung berapi Sinabung semakin meningkat, dengan sekurang-kurangnya 15 letusan kecil dicatat dalam seminggu terakhir, lapor AP.
“Potensi letusan masih tinggi. Akan ada lebih banyak letusan dalam waktu terdekat,” kata pegawai di pos pemantauan Sinabung, Armen Putra.
Sinabung merupakan antara lebih 120 gunung berapi aktif di Indonesia yang terletak di Lingkaran Api yang mengelilingi Lautan Pasifik.
Topic Berkaitan
#Gunung Sinabung
#lahar
#debu panas
#Pusat Mitigasi Bahaya Vulkanologi dan Geologi
#abu panas
#PVMBG
#Armen Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan