awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Speaker AS Nancy Pelosi umum RUU 'Bergerak ke hadapan'

Astro Awani
Astro Awani
18/06/2020
23:45 MYT
Speaker AS Nancy Pelosi umum RUU 'Bergerak ke hadapan'
Pelosi yakin rang undang-undang itu akan mendapat sokongan Senat yang dikawal Parti Republikan. -REUTERS
Speaker Dewan Perwakilan dari Parti Demokrat, Nancy Pelosi mengumumkan rang undang-undang 'bergerak ke hadapan'.
Rang undang-undang perbelanjaan infra bertujuan membina semula infrastruktur di Amerika Syarikat (AS), mewujudkan pekerjaan dan dagangan ketika tempoh pemulihan COVID-19.
Dalam masa yang sama ia turut memberikan lebih peranan kepada kerajaan pusat untuk membantu kerajaan tempatan yang terkesan akibat COVID-19.
Rang undang-undang itu disokong Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Infrastruktur, Peter Defazio yang menyifatkannya sebagai usaha penting untuk mewujudkan kembali pekerjaan di AS.
“Kesan melabur dalam infrastruktur adalah ia mampu untuk memberikan kesan pengganda yang terbesar berbanding perbelanjaan kerajaan lain.
Dengan syarat 'beli barangan AS' yang dikenakan dalam perolehan oleh kerajaan pusat dan dalam rang undang-undang ini, ia lebih kuat.
“Lebih kuat daripada Pentagon. Ia akan mewujudkan banyak pekerjaan di AS yang membayar gaji tinggi,” katanya.
Dalam masa sama, Pelosi yakin rang undang undang itu akan mendapat sokongan Senat yang dikawal Parti Republikan.
Menurut pelosi, RUU itu selari dengan apa yang diinginkan Presiden AS, Donald Trump.
Sementara itu, Pelosi turut mengarahkan penghapusan potret empat Speaker terdahulu yang pernah berkhidmat sekitar tahun 1800.
Kata pelosi, tiada ruang bagi memperingati mereka yang mewujudkan ketaksuban terhadap perkauman.
Arahan pelosi itu membabitkan penurunan potret empat bekas Speaker iaitu Robert Hunter dari Virginia, James Orr dari South Carolina, Howell Cobb dan Charles Crisp dari Georgia.
Keempat-empat potret itu diturunkan pada khamis.
Menurutnya, kongres sebagai nadi bagi demokrasi tidak mempunyai tempat bagi pemimpin yang terlalu membanggakan perkauman.
Katanya, penurunan keempat-empat potret itu dibuat sempena Hari Kebebasan AS yang diraikan pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#bergerak ke hadapan
#bina semula infrastruktur
#COVID-19
#Donald Trump
#Nancy Pelosi
#Parti Demokrat
#Peter Defazio
#Rang Undang-Undang
#RUU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan