awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sri Lanka hadapi kelewatan dalam pemberian visa percuma kepada 40 negara

Bernama
Bernama
29/10/2025
10:12 MYT
Sri Lanka hadapi kelewatan dalam pemberian visa percuma kepada 40 negara
Pada masa ini, hanya pemegang pasport biasa, diplomatik, rasmi atau perkhidmatan dari tujuh negara iaitu China, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Rusia dan Thailand, layak mendapat ETA percuma. - Gambar hiasan/Adobe Stock
COLOMBO: Pegawai kerajaan mengesahkan bahawa rancangan Sri Lanka untuk memperluas senarai negara yang dikecualikan daripada bayaran visa ETA (Kebenaran Perjalanan Elektronik) masih belum dilaksanakan, lapor Xinhua.
Menjawab soalan semasa sidang media mingguan kabinet, jurucakap merangkap Menteri Luar Negeri Vijitha Herath berkata proses itu akan diteruskan sebaik sahaja warta rasmi yang perlu dibentangkan di Parlimen.
"Kami perlu mengemukakan warta kerajaan baharu kepada Parlimen terlebih dahulu. Selepas itu, pelaksanaan akan bermula. Kami menjangkakan ia dapat dimuktamadkan dalam satu atau dua bulan lagi," katanya.
Menurut portal berita tempatan EconomyNext, menteri itu menjelaskan bahawa kelewatan berpunca daripada keperluan mendapatkan nasihat dan penjelasan daripada Peguam Negara.
Julai lalu, Sri Lanka mengumumkan rancangan untuk menambah 33 lagi negara ke dalam senarai negara yang dikecualikan daripada bayaran visa ETA, sebagai usaha memulihkan sektor pelancongan negara itu.
Pada masa ini, hanya pemegang pasport biasa, diplomatik, rasmi atau perkhidmatan dari tujuh negara iaitu China, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Rusia dan Thailand, layak mendapat ETA percuma.
Langkah itu dijangka dapat menggalakkan peningkatan ketibaan pelancong dan mengukuhkan aktiviti ekonomi melalui peningkatan pendapatan pertukaran asing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sri Lanka
#Visa
#kebenaran perjalanan elektronik
#senarai negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan