awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
Artemis II pecah rekod Apollo 13 sebagai misi manusia paling jauh dari Bumi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Starship bawa robot Tesla Optimus akan ke Marikh pada akhir 2026 - Musk

Bernama
Bernama
15/03/2025
11:00 MYT
Starship bawa robot Tesla Optimus akan ke Marikh pada akhir 2026 - Musk
Usahawan jutawan Amerika Syarikat Elon Musk, yang memiliki Tesla dan SpaceX, mengumumkan pada Sabtu bahawa kapal angkasa Starship yang membawa robot humanoid Tesla Optimus akan ke Marikh pada akhir 2026. - Foto REUTERS
MOSCOW: Usahawan jutawan Amerika Syarikat Elon Musk, yang memiliki Tesla dan SpaceX, mengumumkan pada Sabtu bahawa kapal angkasa Starship yang membawa robot humanoid Tesla Optimus akan ke Marikh pada akhir 2026, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Starship berlepas ke Marikh pada akhir tahun depan, membawa Optimus. Jika pendaratan itu berjalan lancar, maka pendaratan manusia mungkin bermula seawal 2029, walaupun kemungkinan lebih besar adalah pada 2031," kata Musk menerusi catatan di X.
Pada Disember 2024, Musk mendakwa kapal angkasa Starship tanpa pemandu boleh mendarat di Marikh dalam masa dua tahun, manakala misi Starship dikendalikan manusia mampu ke planet itu dalam tempoh empat tahun akan datang.
Pada September, Musk berkata manusia mesti menguasai penerbangan antara planet, jika tidak, ia boleh hilang pada masa hadapan akibat pengembangan Matahari atau perlanggaran Bumi dengan asteroid.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#robot
#Starship
#Marikh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan