awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Status amaran tsunami di Hawaii diturunkan kepada nasihat, penduduk dibenar pulang

Astro Awani
Astro Awani
30/07/2025
09:10 MYT
Status amaran tsunami di Hawaii diturunkan kepada nasihat, penduduk dibenar pulang
Status amaran tsunami di Hawaii diturunkan kepada nasihat tsunami selepas gelombang setinggi 1.3 meter direkodkan. -Gambar fail/AP
HONOLULU: Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) menurunkan status amaran tsunami di Hawaii kepada nasihat tsunami.

Ringkasan AI
  • Status amaran tsunami di Hawaii diturunkan kepada nasihat tsunami selepas gelombang setinggi 1.3 meter direkodkan.
  • Penduduk dibenarkan kembali ke kediaman secara berperingkat, namun dinasihatkan agar terus berwaspada dan menjauhi pantai.
  • Arus kuat dan perubahan paras laut masih berpotensi berlaku, dengan ancaman berterusan selama beberapa jam.

Langkah ini membolehkan penduduk yang telah berpindah untuk kembali ke kediaman masing-masing secara berperingkat.
Menurut PTWC, gelombang tsunami setinggi 1.3 meter telah direkodkan di Kahului, manakala gelombang lebih kecil setinggi 45 sentimeter di Kawaihae dan 30 sentimeter di Teluk Hilo.
Walaupun tiada tsunami besar dijangka melanda Hawaii, pihak berkuasa memberi amaran bahawa perubahan paras laut dan arus kuat masih berpotensi berlaku di semua pesisir pantai.
Nasihat tsunami bermaksud kawasan pantai, pelabuhan dan marina mungkin mengalami banjir kecil serta arus berbahaya yang boleh mengancam keselamatan perenang, nelayan dan individu yang berada berhampiran pantai.
“Ancaman ini mungkin berterusan selama beberapa jam selepas ketibaan gelombang pertama,” menurut kenyataan PTWC.
Pihak berkuasa tempatan menasihatkan orang ramai agar terus berwaspada, mengelak daripada memasuki laut dan menunggu pengesahan keselamatan sebelum kembali ke kawasan pesisir.
Topic Berkaitan
#tsunami
#gempa bumi Rusia
#Hawaii
#nasihat tsunami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan