awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stesen TV Argentina troll Donald Trump dalam iklan Copa Amerika

Syafique Shuib
Syafique Shuib
04/05/2016
09:09 MYT
Stesen TV Argentina troll Donald Trump dalam iklan Copa Amerika
Trump sebelum ini pernah menghina golongan Latin Amerika dan kata-kata 'pedas' wakil Republikan itu digunakan dalam iklan TyC Sports.
Sebuah stesen televisyen Argentina telah troll bakal calon Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam satu iklan untuk mempromosikan piala Copa Amerika.
Pertandingan yang menghimpunkan negara-negara Latin Amerikan buat pertama kalinya akan diadakan di Amerika Syarikat.
Namun, Trump sebelum ini pernah menghina golongan Latin Amerika dan kata-kata 'pedas' wakil Republikan itu digunakan dalam iklan yang ditayangkan di saluran sukan TyC Sports di Argentina. .
“Negara kita mengalami masalah besar. Kita ada orang-orang yang datang melalui sempadan negara kita, dan ini bukan orang-orang yang kita mahukan,” kata Trump dalam video itu.
Semasa Trump mengucapkan kata-kata itu, iklan itu menunjukkan visual para pemain hebat Argentina seperti Lionel Messi yang turun dari kapal terbang.
“Ratusan ribu akan memasuki sempadan negara kita, dan mereka tidak diperiksa,” kata Trump sambil menunjukkan penyokong Argentina memasuki kawasan stadium.
Video itu diakhiri dengan satu mesej untuk Trump: “Perkara yang lebih baik adalah untuk tidak membenarkan kita masuk.”
Copa América Centenario en EEUU. Lo mejor que pueden hacer es no dejarnos entrar.3 al 26 de junio #CopaAmericaEnTyChttps://t.co/7g9fjOLxAh
— TyC Sports (@TyCSports) May 2, 2016
Video itu menerima 1077 retweets dan 824 Likes setakat ini. . Trump merupakan pendahulu calon Presiden bagi parti Republikan.
Pada tahun lepas, Trump berkata AS dijadikan sebagai “tempat” buangan bagi “orang bermasalah”.
“Apabila Mexico 'menghantar' orangnya, ia bukan menghantar orang terbaik, ia menghantar orang yang mempunyai banyak masalah yang menyebabkan banyak masalah kepada kita.”
“Mereka membawa masuk dadah, penjenayah dan perogol.”
Kenyataan Trump itu memberi kesan langsung bukan sahaja kepada 5.9 juta pendatang Mexico di AS malah keseluruhan populasi Latin di AS, yang menjadi 14 peratus daripada keseluruhan jumlah pengundi negara berkenaan.
Copa Amerika akan berlangsung di Amerika Syarikat bermula 3 Jun.
Topic Berkaitan
#Argentina
#Copa Amerika
#Donald Trump
#hina golongan Latin
#TyC Sports
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan