awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek letupan bom di Istanbul ditahan - Menteri Dalam Negeri Turkiye

Bernama
Bernama
14/11/2022
03:27 MYT
Suspek letupan bom di Istanbul ditahan - Menteri Dalam Negeri Turkiye
Satu kejadian letupan berlaku di laluan pejalan kaki di Istiklal Avenue, Istanbul pada petang Ahad. - Reuters
MOSCOW: Menteri Dalam Negeri Turkiye Suleyman Soylu berkata seorang wanita yang meninggalkan sebuah beg berisi bahan letupan di Istanbul pada Ahad telah ditahan, lapor Sputnik, memetik penyiar awam TRT World.
Satu kejadian letupan berlaku di laluan pejalan kaki di Istiklal Avenue, Istanbul pada petang Ahad.
Menurut Presidennya Recep Tayyip Erdogan, sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam kejadian itu.
Soylu berkata bahawa "suspek kejadian itu telah ditahan."
Siasatan awal mendapati bahawa Kurdistan Workers' Party (PKK) dan tenteranya YPG, yang dikategorikan oleh Ankara sebagai organisasi pengganas merupakan dalang di sebalik kejadian, menurut Menteri Dalam Negeri.
Naib Presiden Turkiye Fuat Oktay berkata pada Ahad bahawa letupan itu turut mengakibatkan 81 orang cedera, 39 daripadanya telah dikeluar dari hospital.
Menteri Kehakiman Turkiye, Bekir Bozdag berkata seorang wanita dilihat duduk di bangku di Istiklal, sebelum meninggalkan sebuah beg berisi bahan letupan di Istanbul pada Ahad, disyaki suspek utama kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suspek pengebom
#Istanbul
#Istiklal Avenue
#Turkiye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan