awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek rempuhan perarakan di Waukesha hadapi lima pertuduhan membunuh dengan sengaja

Bernama
Bernama
23/11/2021
05:33 MYT
Suspek rempuhan perarakan di Waukesha hadapi lima pertuduhan membunuh dengan sengaja
Suspek Darrell Brooks mempunyai sejarah perlakuan jenayah dan dibebaskan dengan ikat jamin AS$1,000 sebelum ini kerana didakwa melanggar ibu kepada anaknya. - Foto AP
CHICAGO: Seorang lelaki berusia 39 tahun di Milwaukee, sebuah bandar di negeri Wisconsin AS, berdepan lima pertuduhan percubaan membunuh dengan sengaja selepas memandu merempuh perarakan percutian yang diadakan di Waukesha, Wisconsin pada Ahad petang, mengorbankan lima orang dan mencederakan lebih 40 yang lain.
Lima yang terbunuh berusia antara 52 hingga 81 tahun, dengan 18 kanak-kanak, berumur antara 3 hingga 16 tahun mengalami kecederaan, lapor Xinhua memetik ketua polis Waukesha Dan Thompson pada sidang media yang diadakan petang Isnin.
Menurut pegawai itu, 10 daripada kanak-kanak itu berada di unit rawatan rapi dan enam yang lain dalam keadaan kritikal.
Polis berkata, siasatan awal tidak menemui bukti bahawa kejadian pada Ahad itu berkait dengan serangan pengganas.
Suspek Darrell Brooks mempunyai sejarah perlakuan jenayah dan dibebaskan dengan ikat jamin AS$1,000 sebelumnya kerana didakwa melanggar ibu kepada anaknya di tempat letak kereta stesen minyak Milwaukee.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rempuhan Milwaukee
#dituduh membunuh
#rempuh perarakan
#Darrell Brooks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan