awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek tembakan rambang Texas dikenal pasti

Astro Awani
Astro Awani
01/09/2019
21:56 MYT
Suspek tembakan rambang Texas dikenal pasti
Suspek tembakan rambang di Midland dan Odessa, Texas pada Ahad dikenal pasti sebagai Seth Ator, 36. -Foto Texas Department of Public Safety
Suspek tembakan rambang di Midland dan Odessa, Texas pada Ahad dikenal pasti sebagai Seth Ator, 36.
Ketua Polis Odessa, Michael Gerke dalam sidang medianya berkata polis sudah mengetahui identiti pelaku pada hari kejadian namun enggan memberitahunya kepada media atas alasan tidak mahu mensensasikan perbuatan keji suspek.
Nama penembak itu bagaimanapun dimaklumkan kemudian di akaun Facebook Jabatan Polis Odessa.
Gerke mengesahkan tujuh mangsa berusia di antara 15 dan 57 terkorban manakala 22 yang lain pula cedera dalam kejadian itu.
BACA: 5 maut, 21 cedera dalam insiden tembakan rambang di Texas
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengesahkan suspek tiada kaitan dengan kumpulan pengganas dan bertindak sendirian.
Menurut laporan media tempatan, suspek pada awalnya ditahan kerana tidak memberi lampu isyarat membelok.
Namun, suspek secara tiba-tiba melepaskan tembakan menggunakan raifel ke arah polis dari dalam kereta dan mencederakan seorang anggota sebelum melarikan diri.
Ketika diburu, suspek dilapor menembak pemandu dan pejalan kaki sebelum bertindak merampas sebuah trak pos milik US Postal Service.
Suspek akhirnya ditembak mati di ruang letak kereta berdekatan sebuah pawagam.
Motif tindakan suspek masih disiasat.
Topic Berkaitan
#Michael Gerke
#Midland
#Odessa
#Seth Ator
#tembakan rambang texas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan