awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syak isteri curang, lelaki bunuh anak dan 7 ahli keluarga mentua di Pakistan

Astro Awani
Astro Awani
02/07/2019
07:46 MYT
Syak isteri curang, lelaki bunuh anak dan 7 ahli keluarga mentua di Pakistan
Gara-gara mengesyaki isterinya curang, seorang lelaki bertindak menembak mati wanita itu, dua anak mereka serta enam ahli keluarga mentuanya. -Gambar hiasan
Gara-gara mengesyaki isterinya curang, seorang lelaki bertindak menembak mati wanita itu dan dua anak mereka.
Dalam kejadian di Multan, tengah Pakistan pada Isnin, lelaki berkenaan turut membunuh enam keluarga mertuanya termasuk ibu mentua dan tiga ipar serta anak-anak mereka.
Pegawai Daerah Polis Bandar Multan, Imran Mehmood berkata suspek kemudian membakar kediaman keluarga isterinya bersama kesemua mayat.
Ketika disoal siasat, suspek Muhammad Ajmal mengaku melakukan pembunuhan itu sebagai tindakan membalas dendam.
Dia mengesyaki isterinya Kiran menjalin hubungan sulit selepas melihat gambar wanita itu bersama lelaki lain.
Kata Imran, suspek yang bekerja sebagai tukang jahit di Arab Saudi pulang ke Pakistan dengan niat melakukan pembunuhan itu.
Suspek dan ayahnya ditahan dan didakwa atas tuduhan membunuh.
Polis masih memburu seorang saudara lelaki suspek yang dipercayai terbabit dalam jenayah itu.
Topic Berkaitan
#Balas Dendam
#hubungan sulit
#ibu mentua
#Imran Mehmood
#isteri curang
#Muhammad Ajmal
#Multan
#tuduhan membunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan