awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat di Vietnam berdepan kesukaran gaji kakitangan profesional - Laporan

Bernama
Bernama
17/07/2023
08:33 MYT
Syarikat di Vietnam berdepan kesukaran gaji kakitangan profesional - Laporan
Isu utama ialah keperluan set kemahiran mereka, dengan 74 peratus syarikat mendedahkan mereka tidak dapat menemui individu yang mempunyai kemahiran yang sesuai pada tangga gaji yang sepadan. - Gambar fail/REUTERS
HANOI: Banyak syarikat di Vietnam berdepan kesukaran untuk menggaji kakitangan di peringkat profesional tahun ini, terutamanya disebabkan kemahiran tidak memenuhi kriteria yang diperlukan, Xinhua memetik laporan media tempatan.
Menurut kajian, kira-kira 83 peratus syarikat di negara Asia Tenggara itu menghadapi cabaran merekrut tenaga kerja di peringkat profesional, 18 peratus di peringkat eksekutif dan 60 peratus di peringkat pengurusan, lapor Vietnam News.
Isu utama ialah keperluan set kemahiran mereka, dengan 74 peratus syarikat mendedahkan mereka tidak dapat menemui individu yang mempunyai kemahiran yang sesuai pada tangga gaji yang sepadan dan 64 peratus mengatakan calon yang layak diambil bekerja adalah sedikit, akhbar memetik laporan Talentnet Corporation dan Mercer.
Kira-kira 49 peratus pekerja memaklumkan kekurangan peluang memajukan diri dan laluan kerjaya yang jelas, manakala 49 peratus organisasi bergelut dengan struktur gaji yang tidak kompetitif.
Disebabkan kekurangan bakat dan persaingan yang sengit,sektor perniagaan bersedia menawarkan bonus besar untuk menarik bakat di peringkat pengurusan tertinggi, menurut laporan itu.
Laporan itu berdasarkan Tinjauan Nadi Pasaran Asia Pasifik 2023 - pasaran Vietnam, yang membuat kajian terhadap 143 organisasi melibatkan pelbagai sektor untuk memberikan pandangan tentang gaji, bonus dan trend pengambilan pekerja terkini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vietnam
#kakitangan profesional
#Vietnam News
#masalah kemahiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan