awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syria ingin wujudkan kerajaan inklusif - Menteri Luar

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2025
01:30 MYT
Syria ingin wujudkan kerajaan inklusif - Menteri Luar
Al-Shibani ketika mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Saudi, Putera Khalid bin Salman di Riyadh. - Foto REUTERS
DAMSYIK: Menteri Luar Syria, Asaad Hassan Al-Shibani memberitahu pegawai-pegawai Arab Saudi bahawa kepimpinan baharu di Damsyik ingin menubuhkan sebuah kerajaan yang melibatkan semua lapisan masyarakat selepas kejatuhan Bashar Al-Assad pada bulan lalu.
Al-Shibani, yang membuat lawatan luar negara pertama pentadbiran baharu Syria, bertemu dengan Menteri Pertahanan Saudi, Putera Khalid bin Salman di Riyadh pada Khamis.
Dalam catatan di X, Al-Shibani berkata, melalui lawatan itu kerajaan Syria menyampaikan visi nasional untuk mewujudkan sebuah kerajaan berdasarkan perkongsian dan kecekapan yang merangkumi semua komponen Syria.
Ini termasuk berusaha untuk melancarkan rancangan pembangunan ekonomi yang membuka jalan untuk pelaburan, mewujudkan perkongsian strategik dan meningkatkan keadaan hidup serta perkhidmatan.
Sejak menggulingkan Bashar pada 8 Disember lalu, pejuang Islamis yang dipimpin oleh Hayat Tahrir Al-Sham (HTS) berusaha meyakinkan negara-negara Arab dan masyarakat antarabangsa bahawa mereka akan memerintah bagi pihak semua rakyat Syria.
Baru-baru ini, Riyadh memulakan usaha untuk menormalkan hubungan dengan kerajaan Bashar, membuka jalan untuk Syria kembali ke Liga Arab pada tahun 2023.
Ia sebahagian usaha untuk mengurangkan pengaruh Iran di negara itu dan mengawal aliran dadah termasuk methamphetamine captagon.
Sumber dari kerajaan Saudi memberitahu Reuters bahawa kerajaan Saudi komited untuk menjaga keamanan di Syria dan memastikan kestabilan adalah keutamaan.
Topic Berkaitan
#Asaad Hassan Al-Shibani
#Syria
#Arab Saudi
#rancangan pembangunan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan