awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat

Bernama
Bernama
25/12/2025
20:00 MYT
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
Bank Pusat Syria diberi kuasa untuk menetapkan garis masa dan lokasi bagi pertukaran mata wang. - Gambar Reuters
DAMSYIK: Syria dijadual memperkenalkan mata wang nasional baharu mulai 1 Jan 2026, umum Gabenor Bank Pusat Syria, Abdulkader Husarieh, pada Khamis, lapor Agensi Berita Arab Syria (SANA).
Husarieh menyifatkan langkah itu, yang diperincikan dalam Dekri No. 293 tahun 2025, sebagai "peristiwa penting negara" serta permulaan fasa ekonomi dan kewangan baharu bagi negara itu.
Di bawah dekri berkenaan, Bank Pusat diberi kuasa untuk menetapkan garis masa dan lokasi bagi pertukaran mata wang, katanya sambil memberi jaminan yang proses itu akan berjalan lancar dan teratur.
Beliau berkata, prosedur berkenaan akan diterangkan secara jelas dan telus dalam satu sidang media khas, bertujuan meningkatkan keyakinan orang ramai dan memperkukuh kerjasama antara bank dan rakyat.
Mengulas kepentingan mata wang baharu itu, Husarieh berkata, ia melambangkan kedaulatan kewangan Syria selepas pembebasan serta mewakili satu langkah ke arah kestabilan dan pembangunan ekonomi.
Beliau berkata, inisiatif itu adalah pencapaian nasional yang dibina berasaskan kejayaan pascapembebasan negara dan dilaksanakan melalui usaha bersepadu Bank Pusat bersama beberapa sektor berkaitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Syria
#mata wang baharu
#Abdulkader Husarieh
#mata wang nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan