awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif Trump ke atas puluhan negara bermula Khamis

Bernama
Bernama
07/08/2025
09:02 MYT
Tarif Trump ke atas puluhan negara bermula Khamis
Suruhanjaya Eropah bagaimanapun menjangkakan cukai 15 peratus ke atas kebanyakan produk EU akan mula terpakai pada Jumaat.
WASHINGTON: Tarif import Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke atas negara anggota Kesatuan Eropah (EU) dan puluhan negara lain dijadual berkuat kuasa mulai Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut pegawai AS, tarif itu akan dikuatkuasakan mulai tengah malam waktu Washington (0400 GMT), namun Suruhanjaya Eropah menjangkakan cukai 15 peratus ke atas kebanyakan produk EU akan mula terpakai pada Jumaat.
Kadar tarif baharu yang pelbagai itu melibatkan import dari kira-kira 70 negara, termasuk kesemua 27 negara anggota EU.
EU telah berjanji untuk membuat pelaburan besar di AS sebagai sebahagian daripada kesediaan menerima cukai 15 peratus tersebut, namun terma dan jadual pelaburan itu masih dalam rundingan.
Dua rakan dagang utama - China dan Mexico - berada dalam jadual tarif yang berbeza memandangkan rundingan perdagangan masih berlangsung.
Trump juga mengancam, atau telah mengarahkan, tarif tambahan ke atas negara yang didakwa menjalin urusan dagang dengan Rusia, atas alasan hubungan itu secara tidak langsung menyokong perang Moscow terhadap Ukraine.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tarif import
#presiden as
#Donald Trump
#Kesatuan Eropah
#perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan