awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS tarik diri, Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO dijangka berlangsung dalam suasana krisis

Bernama
Bernama
03/02/2025
08:30 MYT
AS tarik diri, Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO dijangka berlangsung dalam suasana krisis
WHO berharap negara lain akan mempertimbangkan untuk meningkatkan sumbangan mereka bagi mengimbangi defisit kewangan yang ditinggalkan oleh AS. - Gambar/ Reuters
GENEVA: Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin dijangka berlangsung dalam suasana krisis berikutan kesan daripada keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menarik diri daripada badan kesihatan dunia itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Sejak Presiden Donald Trump mengarahkan AS keluar dari WHO pada hari pertama beliau kembali memegang jawatan, kebimbangan meningkat di ibu pejabat agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva.
AS merupakan penyumbang terbesar kepada WHO, menyumbang sebanyak 18 peratus daripada keseluruhan bajet organisasi itu pada 2024.
Keputusan ini dijangka menyebabkan pengurangan tenaga kerja dan pemotongan program kesihatan bagi menampung kekurangan dana.
AS kini masih mempunyai wakil dalam Lembaga Eksekutif WHO, yang terdiri daripada 34 anggota dan merupakan badan pembuat keputusan tertinggi antara mesyuarat agung tahunan organisasi itu.
Penarikan diri AS dijadual berkuat kuasa pada 22 Jan 2026, namun pentadbiran baharu di Washington mengarahkan pegawainya untuk menghentikan kerjasama dengan WHO serta-merta.
WHO berharap negara lain akan mempertimbangkan untuk meningkatkan sumbangan mereka bagi mengimbangi defisit kewangan yang ditinggalkan oleh AS.
Sumbangan wajib setiap 194 negara anggota WHO ditentukan berdasarkan kekuatan ekonomi masing-masing.
Ketika Trump menggantung dana WHO ketika penggal pertamanya sebagai presiden, Jerman mengambil langkah mengisi kekurangan itu dan menjadi penyumbang terbesar bagi bajet WHO untuk tempoh 2020-2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WHO
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#krisis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan