awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Fiona: 380,000 terputus bekalan elektrik di Nova Scotia

Astro Awani
Astro Awani
25/09/2022
01:00 MYT
Taufan Fiona: 380,000 terputus bekalan elektrik di Nova Scotia
Sebuah kediaman tepi pantai di Port aux Basques, Kanada, dibadai taufan Fiona sebelum ia terhempas ke dalam laut, 24 Sept 2022. (Foto AP)
TAUFAN Fiona membadai rumah dan menerbangkan bumbung serta menyebabkan bekalan elektrik terputus di dua wilayah di Kanada pada Sabtu.
Di Nova Scotia, kira-kira 380,000 pengguna masih terputus bekalan elektrik setakat petang Sabtu.
Ketua Menteri Nova Scotia Tim Houston berkata, pihaknya telah meminta bantuan ketenteraan dan bencana daripada kerajaan persekutuan.
Antara kerosakan yang dahsyat melanda adalah rumah dan jalan raya yang dihanyutkan serta jumlah pokok tumbang yang sangat banyak.
Bumbung sebuah bangunan pangsapuri runtuh dan seramai 100 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan.
Tiada mangsa yang cedera parah atau maut dilaporkan setakat ini.
Taufan pascatropika yang terbesar itu mendarat di Nova Scotia pada kekuatan kategori 4 selepas melalui Bermuda.
Pusat taufan Kanada melaporkan Taufan Fiona mempunyai tekanan paling rendah pernah direkodkan untuk ribut yang mendarat di Kanada.
Bagaimanapun, peramal memberi amaran bahawa taufan berkenaan berpotensi menjadi salah satu ribut paling kuat melanda negara.
Topic Berkaitan
#Taufan Fiona
#Tim Houston
#nova scotia
#bekalan elektrik terputus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan