awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Milton bergerak ke Atlantik selepas melanda Florida

Bernama
Bernama
10/10/2024
14:27 MYT
Taufan Milton bergerak ke Atlantik selepas melanda Florida
Milton melanda pantai barat Florida pada petang Rabu sebagai Taufan Kategori 3 dengan kelajuan angin sehingga 193 kilometer sejam. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Taufan Milton yang telah melemah tetapi masih berbahaya meninggalkan Florida awal Khamis, selepas menyebabkan jalan raya dan rumah dilanda banjir, menumbangkan pokok serta talian elektrik, dan memutuskan bekalan kuasa kepada jutaan penduduk.
Milton melanda pantai barat Florida pada petang Rabu sebagai Taufan Kategori 3 dengan kelajuan angin sehingga 193 kilometer sejam, menurut Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), sebelum kehilangan kekuatannya ketika melintasi bahagian tengah negeri tenggara AS itu.
Menjelang waktu matahari terbit pada Khamis, Milton telah diturunkan kepada Taufan Kategori 1 ketika ia bergerak ke Lautan Atlantik. Kelajuan angin maksimum yang berterusan adalah 150 kilometer sejam.
Sistem ribut besar itu terus membawa hujan lebat, angin yang merosakkan, dan banjir kilat. Media AS menunjukkan gambar jalan raya pada waktu malam bertukar menjadi sungai di Bandar Tampa, St. Petersburg dan Sarasota.
Jumlah hujan antara 20 hingga 35 sentimeter dijangka melanda bahagian tengah hingga utara semenanjung Florida pada Khamis.
"Hujan ini akan terus membawa risiko banjir kilat dan banjir bandar yang dahsyat dan mengancam nyawa, serta banjir sungai yang sederhana hingga besar," kata agensi mengenai taufan itu.
Milton menghasilkan 19 puting beliung ketika ia menghampiri Florida dari Teluk Mexico pada petang Rabu. Sheriff Keith Pearson dari Daerah St. Lucie dipetik oleh media tempatan sebagai berkata beberapa kematian berlaku akibat puting beliung, namun tidak memberikan jumlah korban yang tepat.
Pasukan penyelamat dan pegawai kerajaan berkata tahap kemusnahan sepenuhnya tidak akan diketahui sehingga waktu siang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taufan Milton
#Florida
#banjir
#Lautan Atlantik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan