awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Nanmadol: Hampir 9.5 juta penduduk Jepun diarah pindah

Bernama
Bernama
19/09/2022
15:38 MYT
Taufan Nanmadol: Hampir 9.5 juta penduduk Jepun diarah pindah
Amaran Tahap Lima diisytiharkan untuk hampir 530,000 penduduk daripada lebih 250,000 isi rumah di wilayah Kagoshima, Miyazaki, Oita, Kumamoto dan Yamaguchi. - Gambar/ AP
TOKYO: Jepun mengarahkan hampir 9.5 juta penduduk di barat negara itu berpindah berikutan taufan Nanmadol yang dijangka membawa angin kencang semakin menghampiri wilayah itu, lapor Sputnik.
Menurut laporan penyiar Jepun NHK pada Isnin, pihak berkuasa sudah mengeluarkan amaran ancaman bencana Tahap Empat, yang menyarankan penduduk berpindah ke lokasi selamat sementara pemindahan masih boleh dilakukan. Amaran Tahap Lima iaitu amaran tertinggi berkemungkinan berisiko kepada nyawa manusia.
Kira-kira sembilan juta orang daripada 4.2 juta isi rumah di beberapa bahagian di wilayah Kyushu, Shikoku dan Chugoku yang terjejas di bawah Tahap Empat telah diarah berpindah.
Amaran Tahap Lima diisytiharkan untuk hampir 530,000 penduduk daripada lebih 250,000 isi rumah di wilayah Kagoshima, Miyazaki, Oita, Kumamoto dan Yamaguchi, menurut laporan itu.
Taufan itu dijangka melanda pantai barat Jepun, bergerak ke arah timur dan melepasi bahagian barat dan timur di kawasan utara Pulau Honshu menjelang pagi Selasa.
Nanmadol diramal membawa angin 98.5 kaki (30.02 meter) per saat, dengan tiupan angin sehingga 45 kaki (13.72 meter).
Menurut media Jepun, setakat pagi Isnin, taufan itu telah meragut satu nyawa dan mencederakan 69 yang lain.
Berikutan taufan itu, Perdana Menteri Fumio Kishida menangguhkan penerbangannya ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#Taufan Nanmadol
#penduduk diarah pindah
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan