awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Onyok bakal landa Filipina selepas Taufan Melor

AFP
AFP
17/12/2015
23:39 MYT
Taufan Onyok bakal landa Filipina selepas Taufan Melor
Selepas melalui Taufan Melor yang mengancam selatan Filipina baru-baru ini, negara itu kini berkemungkinan menghadapi taufan yang baru pula pada Jumaat, dikenali dengan nama tempatannya, Onyok. - Gambar fail
Selepas melalui Taufan Melor yang mengancam Selatan Filipina baru-baru ini, negara itu kini berkemungkinan menghadapi taufan yang baharu pula pada Jumaat, dikenali dengan nama tempatannya, Onyok.
Jabatan kaji cuaca negara itu berkata Onyok sedang bergerak ke arah selatan pulau Mindanao, manakala Melor bergerak ke arah Laut China Selatan selepas ia mengorbankan 20 nyawa.
Difahamkan, Melor mula membadai semenanjung Bicol yang berpopulasi 5.4 juta penduduk sebelum melanda Pulau Romblon.
Walaupun taufan itu telah meninggalkan negara itu pada Rabu, kawasan pertanian di utara Manila telah mengalami banjir dengan kedalaman kira-kira satu meter.
Pegawai pengurusan bencana, Jonathan Baldo berkata paras banjir mungkin akan mengalami kenaikan kerana air dari Pulau Luzon memasuki kawasan yang sudah teruk terjejas.
“Mungkin pada malam ini, paras air akan meningkat ke empat atau lima kaki.
“Tetapi orang ramai tidak meninggalkan kawasan ini kecuali mereka terpaksa berbuat demikian. Mereka telah biasa dengan keadaan ini,” kata Blanco kepada AFP.
Di kawasan luar bandar selatan Mindanao, yang akan dilanda Onyok, persediaan sedang dijalankan untuk menghadapinya.
Filipina dilanda dengan kira-kira 20 ribut dalam setahun dengan kebanyakannya boleh mengorbankan nyawa.
Topic Berkaitan
#Filipina
#Taufan Melor
#Taufan Onyok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan