awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Sandy bakal landa AS seminggu sebelum pilihan raya

Associated Press
Associated Press
28/10/2012
02:19 MYT
Taufan Sandy bakal landa AS seminggu sebelum pilihan raya
Taufan Sandy bakal melanda Amerika Syarikat dengan ancaman hujan lebat, angin kencang, banjir besar dan gangguan tenaga seminggu sebelum pilihan raya AS.
Buat masa ini, taufan Sandy dikatakan akan menyerang AS pada malam Isnin atau Selasa depan di antara Maryland dan selatan New England, berkata pengkaji cuaca.
Hujan sehingga 12 inci dan salji lebat dianggap bakal terjadi di sesetengah kawasan.
Pengkaji cuaca berkata, disebabkan taufan ini bergabung dengan aliran gelombang Artik, ia mempunyai kemungkinan besar untuk bertukar menjadi "ribut besar" yang tidak pernah dilihat di AS sepanjang beberapa dekad.
Pentadbir Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) Craig Fugate memberi amaran potensi untuk banjir di Maryland dan Pennsylvania, serta lebih daripada 2 kaki salji di West Virginia.
Banjir di pantai menjadi ancaman utama, terutamanya di kawasan rendah seperti New York, pusat kewangan global, dan Alexandria, Virginia.
Taufan Sandy telah meragut sekurang-kurangnya 59 nyawa di kepulauan Caribbean, termasuk 44 orang di selatan Haiti, kebanyakannya akibat banjir kilat dan banjir lumpur.
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut di Cuba dengan sebahagian besarnya berpunca daripada runtuhan bangunan.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#pilihan raya AS
#Taufan Sandy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan