awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Petronas nafi terlibat dalam laporan penghantaran diesel ke Filipina
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Yasa: Empat maut, seorang masih hilang di Fiji

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
20/12/2020
13:13 MYT
Taufan Yasa: Empat maut, seorang masih hilang di Fiji
Taufan Yasa memusnahkan banyak kediaman di kepulauan itu termasuk sekolah di Pulau Vanua Levu
EMPAT maut manakala seorang lagi masih hilang selepas Taufan Yasa membadai Fiji pada Ahad.
Menurut pihak berkuasa negara kepulauan Pasifik itu, pasukan penilaian dihantar ke kawasan paling teruk dilanda taufan termasuk Pulau Vanua Levu bagi menilai kerosakan.
Pengarah Pejabat Pengurusan Bencana Nasional Fiji, Vasiti Soko memaklumkan, seramai 7,731 penduduk dipindahkan dan ditempatakan di 183 pusat pemindahan di seluruh negara.
Tambahnya, pesawat pengangkutan Angkatan Pertahanan Australia C-17 juga dijangka tiba pada Ahad malam dengan peralatan bantuan.
Taufan Yasa membawa bersama angin kencang dengan kelajuan sehingga 345 kilometer sejam.
Dalam pada itu, pihak berkuasa turut memaklumkan telah memberi amaran ribut taufan kepada seluruh negara pada malam sebelum bencana berlaku.
Topic Berkaitan
#pesawat
#Taufan Yasa
#Fiji
#Kepulauan Pasifik
#maut
#hilang
#ribut
#taufan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan