awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tebusan puak bersenjata Syria dibebaskan

Agensi
Agensi
04/12/2017
02:20 MYT
Tebusan puak bersenjata Syria dibebaskan
Manhal Hamdan (kanan) yang dijadikan tebusan oleh puak bersenjata Syria akhirnya berjaya dibebaskan dan pulang di samping keluarga di Irbid pada Ahad. -Foto Twitter
Seorang lelaki warga Jordan, Manhal Hamdan yang dijadikan tebusan oleh puak bersenjata Syria akhirnya berjaya dibebaskan dan pulang di samping keluarga di Irbid pada Ahad.
Manhal yang bekerja di ladangnya di Syria menceritakan bagaimana dia diseksa sepanjang berada dalam tahanan.
“Saya sedang menunggang motosikal untuk pulang sebelum sekumpulan puak bersenjata melanggar saya dengan kereta dan lima daripada mereka mula mencederakan saya dengan renjatan elektrik.
"Mereka membawa senjata, menculik dan mula menyeksa saya. Saya bersama mereka selama sebulan lima hari,” katanya.
Manhal juga mendakwa dipukul setiap hari yang menyebabkan beliau sering pengsan.
Malah beliau hampir putus harapan untuk melihat kembali keluarganya.
Butiran tentang proses pembebasan beliau bagaimanapun tidak didedahkan.
Topic Berkaitan
#dipukul
#Jordan
#kereta
#lelaki
#pengganas
#Syria
#tebusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan