awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai

Amanz
Amanz
01/05/2024
07:15 MYT
Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai
Six Senses Residences Dubai Marina bakal mempunyai 122 tingkat. -Amanz
DUBAI ialah lokasi pulau buatan manusia terbesar, dan bangunan tertinggi di dunia.
Ketika Arab Saudi sedang sibuk membangunkan beberapa projek mega, Dubai tidak mahu ketinggalan dan projek Six Senses Residences Dubai Marina baru sahaja diumumkan.
Apabila siap pada tahun 2028, Six Senses Residences Dubai Marina setinggi 517 meter akan menjadi tempat kediaman tertinggi dunia.
Ia akan memintas menara Central Park Tower di New York yang berketinggian 472 meter.
Six Senses Residences Dubai Marina bakal mempunyai 122 tingkat. Sebanyak 251 unit tempat kediaman akan ditawarkan dengan saiz bermula daripada apartmen dua bilik dan meningkat ke kediaman mewah tiga tingkat.
Pada tingkat ke 109, terdapat sebuah kolam renang sepanjang 25 meter yang memberikan pemandangan menarik kota Dubai.
Tema bangunan ini ialah kehidupan yang sihat dan oleh itu enam tingkat pertama akan mengandungi pusat rawatan, terapi dan juga spa.
Pada waktu yang sama untuk tinggal di bangunan seperti ini, akaun bank anda juga perlu “sihat”. -Amanz
Topic Berkaitan
#Dubai
#Six Senses Residences Dubai Marina
#Central Park Tower
#tempat kediaman tertinggi dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan