awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Suspek serangan sekolah Thailand ditembak mati selepas bunuh pengetua dan tawan murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Israel bunuh enam rakyat Palestin di Tebing Barat

Astro Awani
Astro Awani
12/06/2024
00:00 MYT
Tentera Israel bunuh enam rakyat Palestin di Tebing Barat
Rakyat Palestin memeriksa sebuah rumah yang musnah akibat serangan tentera rejim Zionis Israel di Tebing Barat. - Foto REUTERS
TEBING BARAT: Tentera Israel membunuh enam rakyat Palestin semasa serbuan di perkampungan Kafr, berdekatan dengan Jenin di wilayah Tebing Barat, kata Kementerian Kesihatan Palestin.
Satu unit pasukan khas Israel menyerbu kampung berkenaan pada Selasa dan mengepung sebuah rumah sebelum membedilnya, lapor agensi berita rasmi Palestin WAFA.
Enam lelaki yang terbunuh itu berusia di antara 21 hingga 32 tahun.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, salah seorang daripada mereka Ahmad Smoudi, adalah abang kepada seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang maut ditembak oleh tentera Israel di Jenin pada tahun 2022.
Batalion Jenin dari Briged Al-Quds mendakwa mereka terlibat dalam pertempuran dahsyat dengan tentera Israel di Kafr Dan.
Tentera Israel menjalankan operasi di kampung itu, membunuh empat rakyat Palestin bersenjata.
Tentera Israel turut menggunakan helikopter dalam serangan berkenaan.
Menurut pihak berkuasa, Israel telah membunuh 544 rakyat Palestin, termasuk 133 kanak-kanak di Tebing Barat sejak Oktober 2023.
Sepanjang tempoh itu Israel juga telah menahan ribuan rakyat Palestin.
Topic Berkaitan
#Tebing Barat
#Israel
#Palestin
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan