awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Israel mengganas di Tebing Barat setiap hari, kem pelarian turut dimusnah

Bernama
Bernama
28/04/2025
04:00 MYT
Tentera Israel mengganas di Tebing Barat setiap hari, kem pelarian turut dimusnah
Jumlah pelarian yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka dari kem pelarian serta bandar Jenin telah melebihi 22,000 orang. - Gambar/ Reuters
JENIN: Israel meneruskan serangan ke atas bandar Jenin dan kem pelarian untuk 97 hari berturut-turut, dengan melakukan pemusnahan besar-besaran dan membakar rumah serta menjadikan sebahagiannya sebagai pos kawalan tentera, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Pengarah Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Jenin, Bashir Matahen berkata 20 keluarga di kejiranan Al-Zahraa dipaksa mengosongkan kediaman mereka pada Ahad untuk dijadikan pos tentera.
Setakat ini, kira-kira 600 rumah musnah sepenuhnya, manakala selebihnya mengalami kemusnahan separa sehingga tidak lagi boleh didiami.
Kem itu kini dikelilingi oleh empat pintu pagar besi dan timbunan tanah, menjadikannya zon tentera tertutup manakala aktiviti keluar masuk adalah dilarang sama sekali.
Matahen turut memaklumkan bahawa jumlah pelarian yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka dari kem dan bandar Jenin telah melebihi 22,000 orang.
Sejak serangan Israel ke atas Jenin dan kem pelarian bermula, seramai 39 rakyat Palestin terkorban, puluhan lagi cedera dan ramai ditahan dalam serangan yang masih berterusan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Palestin
#kekejaman israel
#Tebing Barat
#kem pelarian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan