awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terumbu karang Great Barrier Reef semakin luntur

Agensi
Agensi
18/03/2022
15:15 MYT
Terumbu karang Great Barrier Reef semakin luntur
Menurut pihak berkuasa Taman Laut Great Barrier Reef, kejadian luntur kali ini merupakan yang paling serius pernah dilihat dalam tempoh dua tahun. - Foto AP
CANBERRA: Keadaan terumbu karang terbesar di dunia atau Great Barrier Reef Australia semakin memburuk apabila ia kini sedang berdepan ancaman paling teruk.
Menurut pihak berkuasa Taman Laut Great Barrier Reef, kejadian luntur kali ini merupakan yang paling serius pernah dilihat dalam tempoh dua tahun.
Selepas Australia berdepan minggu panas luar biasa, terdapat kesan luntur yang meluas di bahagian utara dan tengah Great Barrier Reef.
Walaupun ia boleh kalis luntur dalam suhu air sejuk dalam masa terdekat, beberapa terumbu karang telah pun kelihatan mati.
Pihak berkuasa pada Khamis memaklumkan, hidupan laut itu memerlukan tindakan global terpantas dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau bagi menjamin masa depan yang lebih baik untuk terumbu karang tersebut.
Berita itu muncul hanya beberapa hari sebelum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melawat Australia bagi menilai semula sama ada terumbu karang itu layak berada dalam senarai bahaya Tapak Warisan Dunia (UNESCO) atau tidak.
Great Barrier Reef terdiri daripada lebih 3,000 terumbu sepanjang 2,300 kilometer (km) kehilangan lebih separuh karangnya selama tiga dekad, mengakibatkan gelombang haba marin sehingga mencetuskan tiga peristiwa pelunturan utama dalam tempoh lima tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Australia
#Unesco
#great barrier reef
#terumbu karang
#hidupan laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan