awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand akan lupuskan kenderaan berusia lebih 20 tahun

Bernama
Bernama
05/04/2022
05:07 MYT
Thailand akan lupuskan kenderaan berusia lebih 20 tahun
Projek itu bertujuan melupuskan dan mengitar semula kenderaan usang. - Gambar fail
BANGKOK: Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berikrar untuk melupuskan kenderaan lama yang berusia lebih 20 tahun secara berperingkat dalam usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, kata jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana.
Beliau berkata statistik Jabatan Pengangkutan Darat menunjukkan sejumlah 5,033,307 kenderaan berdaftar berusia lebih 20 tahun berada di atas jalan raya, setakat 31 Januari tahun ini.
Angka itu dijangka meningkat kepada 16 juta dalam tempoh 20 tahun akan datang jika tiada tindakan kitar semula diambil, katanya.
"Perdana Menteri menyuarakan kebimbangannya mengenai Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV) di jalan raya...Justeru, beliau mahu agensi berkaitan berganding bahu melaksanakan usaha kitar semula untuk melupuskan kenderaan lama bagi mengurangkan pencemaran.
"Perdana menteri berkata ELV mesti dikitar semula dengan betul bagi memastikan ia boleh digunakan semula dalam industri untuk membantu negara mengurangkan import keluli. Keluli mewakili sehingga 69 peratus dalam setiap struktur kenderaan lama," katanya seperti dipetik Bangkok Post.
Pada masa ini, Thailand menggunakan kira-kira 19 juta tan keluli, termasuk 12 juta tan diimport dan tujuh juta tan pengeluaran dalam negara.
Thanakorn berkata Kementerian Perindustrian telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Pihak Berkuasa Estet Perindustrian Thailand dan agensi berkaitan dari Jepun untuk melaksanakan projek perintis kitar semula ELV.
Projek itu bertujuan melupuskan dan mengitar semula kenderaan usang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lupus kereta
#Thailand
#Prayuth Chan o-cha b
#Bangkok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan