awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Iran sahkan penyertaan Tehran dalam rundingan di Islamabad
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
Konflik Asia Barat: Pengeksport Malaysia digesa amalkan pendekatan proaktif, adaptif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand, Brunei setuju perjalanan tanpa visa untuk diplomat, pegawai

Bernama
Bernama
12/11/2013
15:37 MYT
Thailand, Brunei setuju perjalanan tanpa visa untuk diplomat, pegawai
Kabinet Thai meluluskan Pertukaran Nota dengan Brunei berhubung penghapusan keperluan visa untuk pemegang pasport diplomat dan pegawai, dalam usaha memperkukuh hubungan antara dua negara ASEAN itu.
Jurucakap Kerajaan Thai, Theerat Rattanasevi berkata persetujuan itu membolehkan diplomat dan pegawai dari kedua-dua pihak tinggal di negara yang dilawati tanpa visa hingga 30 hari.
Peraturan tanpa visa itu boleh dibatalkan oleh Thailand atau Brunei, tetapi mereka mesti memberi notis awal 30 hari menerusi saluran diplomatik mereka. Ia boleh juga dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan atau kesihatan.
Thailand mempunyai peraturan tanpa visa untuk pemegang pasport diplomat dan pegawai dengan lapan negara ASEAN, dan Brunei adalah yang kesembilan.
Thailand juga membenarkan tempoh tinggal hingga 30 hari tanpa visa kepada diplomat dan pegawai dari Vietnam, Laos, Kemboja, Myanmar, Indonesia, dan tidak lebih 90 hari bagi mereka dari Malaysia, Singapura dan Filipina, kata Theerat.
Topic Berkaitan
#Brunei
#peraturan tanpa visa
#Pertukaran Nota
#Theerat Rattanasevi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan