awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahmud Abu Bekir saman Cahya Mata Sarawak didakwa halang hadiri mesyuarat pengarah
Majlis Keselamatan PBB gagal terima pakai draf resolusi mengenai Selat Hormuz
Margin Gamuda dikhuatiri tertekan berikutan peningkatan kos bahan mentah - CGSI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand catat sifar kes baharu COVID-19, tanpa kematian

Bernama
Bernama
11/06/2020
14:23 MYT
Thailand catat sifar kes baharu COVID-19, tanpa kematian
Thailand mencatatkan sifar kes baharu COVID-19 serta tiada kematian akibat wabak itu dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif kekal pada 3,125 kes dengan dan 58 kematian. - Foto AP
Thailand mencatatkan sifar kes baharu COVID-19 serta tiada kematian akibat wabak itu dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif kekal pada 3,125 kes dengan dan 58 kematian.
Ini adalah hari ke-17 tiada penularan tempatan di negara itu.
Pembantu Jurucakap Pusat Pentadbiran Keadaan COVID-19 (CSSA) Dr Panprapa Yongtrakul berkata setakat ini, seramai 2,987 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital manakala 80 pesakit masih dirawat di wad.
"Daripada 3,125 kes COVID-19 di negara ini, sebanyak 2,444 kes adalah penularan tempatan dan 681 kes import," katanya dalam taklimat harian COVID-19, di sini hari ini.
Thailand memulakan fasa pertama pelonggaran bagi perniagaan dan venue pada 3 Mei. Kira-kira 95 peratus perniagaan dan tempat dijangka beroperasi semula di bawah fasa keempat pelonggaran pada 15 Jun ini.
Sekolah antarabangsa, pusat tuisyen, taman hiburan, taman permainan, pusat jagaan kanak-kanak dan warga emas, serta fasiliti sukan terbuka dijangka dibuka semula.
Bagaimanapun, tempat-tempat berisiko tinggi termasuk pusat hiburan seperti pub, bar dan pusat karaoke serta ruang mandi-sauna-urut kekal ditutup.
Sementara itu, media tempatan melaporkan kerajaan Thai dijangka menarik balik perintah berkurung antara 11 malam hingga 3 pagi bermula 15 Jun.
Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha akan mempengerusikan mesyuarat CCSA esok untuk memuktamadkan senarai perniagaan dan tempat yang dibenarkan kembali beroperasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangkok
#CCSA
#COVID-19
#kes positif
#kes sifar
#koronavirus
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan