awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand hadapi kemarau, jejas pertanian

Bernama
Bernama
15/07/2015
03:57 MYT
Thailand hadapi kemarau, jejas pertanian
Menteri Dalam Negeri Thailand menyatakan seluruh Thailand dilanda kemarau, terutama di Lembangan Chao Phaya yang menjejaskan pengeluaran pertaniannya.
Seluruh Thailand kini dilanda kemarau, terutama di Lembangan Chao Phraya yang menjejaskan pengeluaran pertaniannya, kata Menteri Dalam Negeri Jen. Anupong Paojinda.
Bagaimanapun katanya bekalan air ke kawasan perindustrian tidak terjejas disebabkan mereka mempunyai bekalan sendiri.
Lembangan Chao Phraya yang meliputi empat empangan, terjejas teruk disebabkan kemarau berpanjangan kesan fenomena El-Nino, katanya dalam sidang media selepas mesyuarat jemaah menteri, di sini pada Selasa.
Dalam pada itu katanya Pihak Berkuasa Kerja-kerja Air Metropolitan (MWA) dan Pihak Berkuasa Kerja-kerja Air Provinsi memberi jaminan tidak akan ada masalah penggunaan air sehingga akhir Ogos.
Sementara itu, Menteri Pertanian dan Koperasi, Pitipong Puengboon Na Ayuttaya berkata kesan kemarau akan berlanjutan sehingga tuaian pertanian tahun depan bagi ladang di kawasan Lembangan Chao Phraya.
Justeru katanya sesetengah pesawah tidak akan dapat menanam padi sebanyak tiga kali seperti lazimnya.
Topic Berkaitan
#el-Nino
#kemarau
#pertanian
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan