awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar

Bernama
Bernama
06/02/2025
22:50 MYT
Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Pemandangan di Shwe Kokko, bandar yang menempatkan kasino, pusat hiburan dan kompleks pelancongan, dilihat dari sempadan Thailand, di daerah Mae Sot, Thailand, 5 Feb 2025. REUTERS
BANGKOK: Thailand memperketatkan kawalan sempadan bagi mengelakkan kesan buruk yang mungkin timbul selepas negara itu menggantung bekalan elektrik ke lima kawasan di Myanmar sebagai sebahagian daripada usaha mengekang operasi haram, lapor Xinhua, memetik kenyataan Timbalan Perdana Menteri Phumtham Wechayachai pada Khamis.
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan terlibat sepenuhnya dalam melaksanakan langkah menangani penyeludupan dadah dan jenayah berkaitan sempadan, kata Phumtham semasa lawatan pemeriksaannya ke wilayah Tak yang bersempadan dengan Myanmar.
Phumtham memberi contoh yang penggunaan tenaga menurun hampir separuh di salah satu kawasan Myanmar yang menjadi tumpuan penipuan dalam talian, selepas bekalan elektrik dihentikan pada Rabu, menunjukkan impak langkah tersebut.
Beliau turut memaklumkan bahawa badan pengawalseliaan telekomunikasi Thailand akan memutuskan semua sambungan Internet yang bermasalah menjelang penghujung bulan ini, manakala perkhidmatan penting akan mengalami pengurangan sambungan.
Majlis Keselamatan Negara Thailand memutuskan pada Selasa untuk memotong bekalan elektrik, bahan api, dan perkhidmatan Internet ke lima lokasi di tiga negeri Myanmar yang dikenal pasti sebagai pusat kegiatan haram, termasuk pemerdagangan manusia, penipuan pusat panggilan, pengubahan wang haram dan jenayah rentas sempadan.
Thailand sekat bekalan elektrik ke Myanmar
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Operasi haram
#Thailand
#Myanmar
#sekat bekalan elektrik
#Kawalan sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan