awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thanathorn berdepan tuduhan jenayah

Bernama
Bernama
12/03/2020
23:52 MYT
Thanathorn berdepan tuduhan jenayah
Thanathorn ketika berucap di ibu pejabat parti di Bangkok, Thailand 21 Feb, 2020. REUTERS/Fail
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand akan memfailkan pertuduhan jenayah terhadap pemimpin parti yang telah dibubarkan, Future Forward Party (FFP), Thanathorn Juangroongruangkit, kerana melanggar undang-undang pilihan raya.
Jika disabitkan bersalah, jutawan berusia 41 tahun itu boleh dikenakan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, denda sehingga 200,000 baht dan larangan menyertai politik selama 20 tahun.
Dalam satu kenyataan, SPR Thailand berkata Thanathorn memegang saham dalam V-Luck Media Company pada tarikh beliau mendaftar sebagai calon untuk Pilihan Raya Umum yang diadakan Mac tahun lalu.
"Dia (Thanathorn) memohon menjadi anggota parlimen, walaupun tahu yang dia tidak layak. Berdasarkan fakta dan bukti, SPR bersetuju untuk memfailkan pertuduhan jenayah terhadapnya (Thanathorn)," kata kenyataan itu.
Pada November tahun lalu, Mahkamah Perlembagaan menarik balik kelayakan Thanathorn sebagai anggota Parlimen selepas beliau didapati bersalah memegang saham V-Luck Media Company ketika mendaftar sebagai calon.
Pertuduhan itu difailkan kurang sebulan selepas Mahkamah Perlembagaan membubarkan FFP dan melarang 16 eksekutif parti menyertai sebarang aktiviti politik selama 10 tahun, bagi kesalahan berkaitan pinjaman pilihan raya daripada pemimpinnya Thanathorn.
Pembubaran itu menyaksikan penuntut di beberapa universiti utama di Thailand mengadakan protes membantah keputusan mahkamah.
Ditubuhkan pada 2018, FFP berada di tempat ketiga dalam pilihan raya tahun lepas dan menjadi sebahagian blok pembangkang.
Baki 55 anggota parlimen parti itu bersetuju menyertai Parti Move Forward untuk meneruskan ideologi dan misi FFP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#calon
#FFP
#jenayah
#Parlimen
#Parti Move Forward
#pembangkang
#pertuduhan jenayah
#pilihan raya umum
#politik
#saham
#SPR
#tarik balik kelayakan
#Thailand
#Thanathorn Juangroongruangkit
#undang-undang pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan