awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada bantuan kemanusiaan disalurkan di Gaza setakat ini - PBB

Agensi
Agensi
20/05/2025
23:40 MYT
Tiada bantuan kemanusiaan disalurkan di Gaza setakat ini - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memaklumkan, tiada bantuan kemanusiaan lagi yang berjaya diagihkan di Semenanjung Gaza. - Gambar fail Reuters
GAZA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memaklumkan, tiada bantuan kemanusiaan lagi yang berjaya diagihkan di Semenanjung Gaza, sehari selepas Israel membenarkan penghantaran terhad bantuan disambung semula selepas sekatan selama 11 minggu.
Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, empat trak membawa makanan bayi telah dihantar ke bahagian Palestin di lintasan Kerem Shalom pada Isnin, manakala beberapa puluh trak membawa tepung, ubat-ubatan dan bekalan asas lain memasuki Gaza pada Selasa.
“Pihak berkuasa Israel mengarahkan supaya bekalan dipunggah di bahagian Palestin lintasan Kerem Shalom dan dimuat semula secara berasingan selepas pasukan kami dibenarkan masuk dari dalam Gaza,” katanya kepada media.
Menurut beliau, salah satu pasukan PBB telah menunggu selama beberapa jam untuk kebenaran memasuki kawasan lintasan tersebut bagi mengambil bekalan pemakanan, namun gagal membawa masuk bekalan itu ke gudang PBB.
Terdahulu, jurucakap Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) di Geneva memaklumkan, Israel telah memberikan kebenaran kepada kira-kira 100 trak bantuan untuk memasuki Gaza.
Israel menyatakan, sekatan itu bertujuan menghalang kumpulan pejuang Palestin, Hamas daripada menyalahgunakan bantuan kemanusiaan.
Hamas bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.
Israel turut memberi amaran akan memperhebat operasi ketenteraan terhadap Hamas dan berhasrat menguasai keseluruhan Gaza, yang telah musnah akibat serangan udara dan darat sejak serangan lintas sempadan oleh Hamas pada Oktober 2023. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#bantuan kemanusiaan
#Gaza
#PBB
#israel serang gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan