awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rundingan dengan Amerika, tegas Presiden Cuba selepas ancaman Trump

Agensi
Agensi
12/01/2026
22:30 MYT
Tiada rundingan dengan Amerika, tegas Presiden Cuba selepas ancaman Trump
Presiden Diaz-Canel menegaskan tiada sebarang rundingan dengan AS kecuali urusan teknikal berkaitan migrasi, susulan kenyataan Presiden Donald Trump yang menggesa negara itu untuk “buat perjanjian” atau berdepan akibatnya. - Gambar fail Reuters
HAVANA: Presiden Cuba, Miguel Diaz-Canel menegaskan tiada sebarang rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) kecuali urusan teknikal berkaitan migrasi, susulan kenyataan Presiden Donald Trump yang menggesa negara itu untuk “buat perjanjian” atau berdepan akibatnya.
“Tiada rundingan dengan kerajaan AS kecuali kontak teknikal dalam bidang migrasi,” kata Diaz-Canel menerusi hantaran di platform X pada Isnin, selepas Trump mendakwa kedua-dua negara sedang berbincang susulan penggulingan sekutu kiri Havana, Nicolas Maduro di Venezuela oleh tentera AS.
Trump pada Ahad menggesa Havana supaya segera “buat perjanjian”, sambil berjanji akan menghentikan sepenuhnya bekalan minyak dan dana yang sebelum ini disalurkan Venezuela, selepas penahanan Maduro dalam serbuan pantas pada 3 Januari.
Washington telah mengenakan sekatan ekonomi yang menjejaskan Cuba selama beberapa dekad, namun Trump dilihat mempertingkat tekanan dalam beberapa hari kebelakangan ini.
“TIADA LAGI MINYAK ATAU WANG KE CUBA – SIFAR!” tegas Trump di platform Truth Social.
“Saya sarankan mereka buat perjanjian SEBELUM TERLAMBAT.”
Bagaimanapun, Trump tidak memberikan butiran lanjut mengenai bentuk perjanjian yang dimaksudkan.
Diaz-Canel membalas dengan nada tegas bahawa “tiada siapa” boleh mengarah Cuba, sambil menekankan hubungan dengan AS “mesti berasaskan undang-undang antarabangsa, bukannya permusuhan, ancaman dan paksaan ekonomi.”
Topic Berkaitan
#Cuba
#Presiden Miguel Diaz-Canel
#ancaman Trump
#bekalan minyak Venezuela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan