awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga askar Thailand cedera akibat letupan periuk api di sempadan Thailand-Kemboja

Bernama
Bernama
09/08/2025
09:51 MYT
Tiga askar Thailand cedera akibat letupan periuk api di sempadan Thailand-Kemboja
Askar Thailand sedang mengawal pergerakan di pintu sempadan An Ses atau Chong Arn Ma dalam bahasa tempatan, sebagai langkah berjaga-jaga. - Reuters
BANGKOK: Tiga anggota tentera Thailand cedera dalam letupan periuk api pada pagi Sabtu ketika menjalankan operasi rondaan di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja, menurut Tentera Thailand, lapor Xinhua.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Wilayah Tentera Kedua Thailand, kejadian berlaku kira-kira 10 pagi waktu tempatan ketika pasukan tentera Thailand sedang meronda dan memasang kawat duri bagi memperkukuh kawalan keselamatan sempadan.
Semua askar yang cedera segera dipindahkan dan dibawa ke hospital tempatan untuk menerima rawatan, menurut Tentera Thailand.
Terdahulu, pertempuran bersenjata tercetus pada 24 Julai antara tentera Kemboja dan Thailand di sepanjang sempadan yang dipertikaikan, dengan kedua-dua pihak saling menuduh melanggar undang-undang antarabangsa.
Pada 7 Ogos, Kemboja dan Thailand mencapai kata sepakat mengenai butiran gencatan senjata dan menandatangani perjanjian pada mesyuarat luar biasa Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) yang diadakan di Malaysia.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengekalkan penempatan tentera sedia ada dan tidak menambah kekuatan pasukan di sepanjang sempadan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#askar cedera
#periuk api
#sempadan Thailand-Kemboja
#rondaan
#kawalan keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan