awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki rebah secara tiba-tiba akibat rokok tercemar

Bernama
Bernama
19/06/2024
07:17 MYT
Tiga lelaki rebah secara tiba-tiba akibat rokok tercemar
Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual sama dengan seorang lagi mangsa yang jatuh sakit hujung minggu lalu. -Gambar hiasan
BERLIN: Dua lelaki rebah secara tiba-tiba selepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual sama dengan seorang lagi mangsa yang jatuh sakit hujung minggu lalu.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki berusia 52 tahun di bandar Duisburg tidak sedarkan diri selepas menghisap rokok tercemar itu pada malam Sabtu.
Menurut polis, mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil.
Dua insiden serupa dilaporkan pada Selasa melibatkan seorang lelaki berusia 43 tahun dan seorang lagi berusia 45 tahun.
Susulan kejadian itu, seorang suspek telah ditahan kerana disyaki melanggar Akta Bahan Psikoaktif Baharu.
Bagaimanapun, pemeriksaan di rumah suspek tidak menemui sebarang bukti tambahan.
Penyiasat percaya bahawa penggunaan rokok yang mengandungi bahan tidak dikenali itu menyebabkan komplikasi kardiovaskular teruk yang boleh membawa maut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jerman
#rebah
#hisap rokok
#Duisburg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan