awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut dalam banjir kilat di negeri New Mexico, AS

Bernama
Bernama
09/07/2025
21:40 MYT
Tiga maut dalam banjir kilat di negeri New Mexico, AS
Banjir kilat melanda Rio Ruidoso di Ruidoso, New Mexico, 8 Julai 2025. (Foto AP)
WASHINGTON: Banjir kilat yang membawa maut telah melanda satu lagi negeri di selatan Amerika Syarikat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Seorang lelaki berusia antara 40 hingga 50 tahun, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas dihanyutkan arus deras di perkampungan pergunungan Ruidoso, New Mexico, menurut pihak berkuasa.
Video di media sosial menunjukkan air deras mengalir melalui bandar itu dan menghanyutkan sebuah rumah sepenuhnya.
Gabenor New Mexico Michelle Lujan Grisham telah mengisytiharkan darurat di kawasan terjejas bagi membolehkan pasukan kecemasan digerakkan serta mendapatkan pembiayaan persekutuan.
"Krisis ini memerlukan tindakan segera," tulisnya di Facebook.
Di negeri jiran, Texas, lebih 100 orang termasuk ramai kanak-kanak daripada kem musim panas maut akibat banjir kilat di Sungai Guadalupe. Lebih 160 orang masih dilaporkan hilang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#New Mexico
#banjir kilat
#darurat
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan