awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut dalam serangan bom berani mati di Somalia

Agensi
Agensi
06/04/2018
22:41 MYT
Tiga maut dalam serangan bom berani mati di Somalia
Bom kedua di Mogadishu, Somalia, pada 6 April, berlaku selepas kereta yang melalui kawasan yang sibuk itu cuba melepasi pos pemeriksaan sebelum pihak tentera melepaskan beberapa das tembakan bagi menghentikannya. (Foto AP)
Tiga maut selepas sepasang bom berani mati yang dipasang pada dua buah kenderaan meletup di ibukota Somalia pada Jumaat.
Bom pertama meletup di sebuah pos pemeriksaan tentera di jalan lapangan terbang di Mogadishu, mencederakan seorang anggota tentera.
Pengebom disyaki sedang menuju ke lapangan terbang antarabangsa Mogadishu sebelum kenderaan yang dinaikinya dihentikan oleh anggota tentera.
Kawasan tersebut merupakan kawasan sasaran bagi puak pelampau al-Shabab.
Manakala bom kereta yang kedua diletupkan tidak lama selepas itu berhampiran persimpangan Benadir.
Ia berlaku selepas kereta yang melalui kawasan yang sibuk itu cuba melepasi pos pemeriksaan sebelum pihak tentera melepaskan beberapa das tembakan bagi menghentikannya.
Letupan menyebabkan tiga maut termasuk seorang anggota tentera. Masih belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam kedua-dua serangan tersebut.
Puak pelampau al-Shabab yang dikaitkan dengan kumpulan al-Qaida sebelum ini sering menyasarkan kawasan berprofil tinggi di ibu kota dan menakluk sebahagian besar Somalia di kawasan selatan dan tengah.
Topic Berkaitan
#al-Qaida
#al-Shabab
#Benadir
#bom
#Mogadishu
#puak pelampau
#Somalia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan