awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Tindakan Elon Musk tubuh parti politik baharu mengarut" - Trump

Agensi
Agensi
07/07/2025
00:40 MYT
"Tindakan Elon Musk tubuh parti politik baharu mengarut" - Trump
Presiden Trump menyifatkan langkah bilionair Elon Musk untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu di negara itu sebagai mengarut. - Gambar Reuters
NEW JERSEY: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyifatkan langkah bilionair Elon Musk untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu di negara itu sebagai mengarut.
Bercakap kepads pemberita sebelum menaiki pesawat Air Force One di Morristown, New Jersey pada Ahad, Trump berpendapat, tindakan Musk itu juga berpotensi mencetuskan kekeliruan dalam landskap politik di Amerika.
"Saya rasa adalah tidak masuk akal untuk memulakan parti ketiga. Kami telah mencapai kejayaan besar dengan Parti Republikan. Parti Demokrat telah tersasar dari haluan, tetapi sistem ini memang sejak dahulu lagi merupakan sistem dua parti.
"Saya rasa memulakan parti ketiga hanya menambahkan kekeliruan. Sistem ini nampaknya memang direka untuk dua parti. Parti ketiga tidak pernah berjaya. Jadi, dia boleh berseronok dengannya, tetapi bagi saya, ia adalah sesuatu yang tidak masuk akal," katanya.
Musk yang juga bekas sekutu Presiden Trump pada Sabtu menyuarakan hasrat menubuhkan parti politik baharu di AS untuk mencabar sistem satu parti di negara itu.
Bilionair dan penyumbang dana politik terbesar Trump dalam pilihan raya tahun lalu bertikam lidah dengan Presiden AS ity selepas mengetuai usaha Republikan untuk mengurangkan perbelanjaan dan memotong jumlah kakitangan kerajaan ketika mengetuai Jabatan Kecekapan Kerajaan.
Dalam perkembangan berasingan, Trump turut memaklumkan, beliau berkemungkinan akan melawat Texas pada hari Jumaat susulan situasi banjir besar yang telah meragut sekurang-kurangnya 78 nyawa di negeri berkenaan. - Agensi
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Elon Musk
#pilihan raya
#AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan